Muhyiddin Di Kelantan Untuk Lawatan Sehari

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan sehari ke Kelantan pada Khamis, dengan mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Kelantan di pejabat Umno Negeri di sini.

Muhyiddin, yang diiringi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, kemudiannya mengadakan perjumpaan dengan Barisan Nasional (BN) Kelantan di tempat yang sama.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin. Kesemua perjumpaan dibuat secara tertutup.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri dan isteri Puan Seri Norainee Abdul Rahman, tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada pukul 8 pagi.

Pada pukul 11.15 pagi ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno mengadakan perjumpaan tertutup dengan Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Ketereh di Yayasan Kemiskinan Kelantan di Ketereh dekat sini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, kemudiannya dijadual merasmikan Majlis Pemantapan Profesion Perguruan di tempat sama.

Pada sebelah petang, beliau dijadual menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di Kuala Krai dan kemudiannya berlepas pulang ke Kuala Lumpur. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan