‘Bom’ Meletup Di Luar Kompleks Mahkamah Diperbuat Daripada Bahan Bunga Api - Berita Semasa | mStar

‘Bom’ Meletup Di Luar Kompleks Mahkamah Diperbuat Daripada Bahan Bunga Api

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Analisis kimia menunjukkan ‘bom’ yang meletup di luar kompleks mahkamah di Jalan Duta pada 9 Januari lalu diperbuat daripada bahan-bahan mudah terbakar yang boleh ditemui dalam bunga api.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Khamis berkata, bom itu mempunyai pemasa untuk meletup tetapi letupan tersebut tidak kuat disebabkan ia diperbuat daripada bahan bunga api.

Polis masih lagi menyiasat kes tersebut, namun setakat ini masih belum ada yang tampil ke depan untuk menuntut ganjaran sebanyak RM10,000 bagi menahan mereka yang bersalah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan