Perkasa Ambil Pengajaran Isu 'Ang Pow Putih'

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Insiden 'ang pow putih' telah menjadi pengajaran kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa)supaya lebih berhati-hati dan tidak menyentuh sensitiviti budaya kaum lain pada masa hadapan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa mengambil iktibar mengenai komen yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemberian 'ang pow putih' ketika sambutan Tahun Baru Cina.

“Ya, memang benar ia satu pengalaman kepada Perkasa dan semua pihak untuk lebih berhati-hati supaya sesuatu tindakan tidak menyentuh sensitiviti budaya kaum tertentu,” kata Ibrahim, sebagaimana yang dilaporkan oleh portal www.malaysiandigest.com, Rabu.

Isu 'ang pow' putih bermula apabila Perkasa menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pada 29 Januari lalu di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, sampul surat berwarna putih yang hanya digunakan masyarakat Cina untuk acara pengebumian telah digunakan menggantikan sampul merah yang biasa digunakan pada Tahun Baru Cina.

Perkasa juga katanya menghormati dan bersetuju dengan komen Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong bahawa satu kaum perlu peka dan sensitif akan budaya satu kaum yang lain.

“Bagaimanapun Perkasa juga berharap kenyataan Ketua Pemuda MCA itu bukan hanya ditujukan kepada Perkasa, sebuah NGO Melayu, tetapi juga ditujukan kepada NGO atau pihak dari kaum lain juga,” katanya.

Ibrahim berkata, kaum lain juga telah bukan sedikit menyentuh sensitiviti orang Melayu terutamanya berhubung isu Islam, namun mereka dilihat lebih susah untuk memohon maaf.

Perkasa bagaimanapun melihat komen yang dibuat Wee itu itu dari sudut yang positif.

“Perkasa mengakui kesilapan yang tidak disengajakan dalam isu ‘ang pow’ sampul putih ini," katanya.

Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa Perkasa merasa sedih kerana isu tersebut telah diperbesarkan sedangkan matlamat Perkasa menganjurkan sambutan tersebut untuk mewujudkan perpaduan sebaliknya dipandang sepi terutamanya media berbahasa Cina," katanya.

Membuat kesimpulan isu tersebut sengaja dihangatkan untuk agenda politik pihak-pihak tertentu, beliau bagaimanapun menganggap ia telah selesai.

“Perkasa akan pastikan yang ia tidak akan berulang lagi. Pada kami, isu ini sudah selesai. Terpulanglah kepada siapa sahaja yang masih tidak puas hati,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan