Jangan Terpengaruh Dakyah Jatuhkan Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Warga pendidik khususnya di negeri ini diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan demi kepentingan diri mereka.

Menteri Besar Perlis, Datuk Dr Md Isa Sabu ketika memberikan ingatan itu berkata sebagai golongan profesional dan intelektual, para guru perlu sentiasa berada di hadapan dan peka dengan usaha-usaha kerajaan yang sangat menitikberatkan soal pendidikan.

"Saya tidak mahu golongan pendidik terpedaya dengan pihak yang mahu menggugat kekuatan kerajaan. Sama-samalah hindarkan diri daripada dakyah yang tidak membawa faedah dan merosakkan peribadi," katanya ketika berucap pada majlis Perutusan Tahun 2012 Jabatan Pelajaran Perlis, di sini, Selasa.

Md Isa berkata para guru yang merupakan golongan berpengaruh juga mesti memahami semua dasar yang dilancarkan kerajaan terutama yang melibatkan sistem pelajaran negara.

"Kerajaan yang ada sekarang meletakkan kepentingan anak-anak lebih daripada yang lain-lain. Pemberian wang bantuan RM100 kepada semua pelajar baru-baru ini menunjukkan kerajaan bersikap adil," katanya.

Menteri Besar berkata warga pendidik juga perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan dan bermuhasabah diri serta tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dimiliki sekarang kerana tuntutan dan cabaran masa depan akan bertambah getir.

"Setiap guru perlu muhasabah diri dan menilai apakah tahap komitmen yang telah diberikan dan sejauh mana iltizam dalam menjunjung imej dalam profesion ini.

"Adakah sumbangan para guru sudah mencukupi? Saya juga berharap para guru dapat memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab dalam usaha membangunkan pendidikan di Perlis," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan