Jadikan Membaca, Mengarang Buku Budaya Kehidupan Seharian

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata rakyat Malaysia perlu menjadikan sikap rajin membaca dan mengarang buku sebagai budaya dalam kehidupan seharian mereka.

Katanya rakyat Malaysia hendaklah menyahut saranan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) supaya setiap negara dapat memenuhi penerbitan 0.1 peratus daripada populasi penduduk.

"Malaysia kini mempunyai jumlah penduduk kira-kira 28 juta orang, mestilah menerbitkan sekurang-kurangnya 28,000 judul buku baru.

"Namun saya difahamkan, jumlah penerbitan di negara hanya mencapai 16,000 judul buku setahun," katanya semasa merasmikan Ekspo Buku 1Malaysia dan Persidangan Buku Antarabangsa 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Rabu.

Anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara, Ekspo Buku 1Malaysia itu berlangsung selama enam hari bermula Rabu.

Beliau berkata industri buku di Malaysia masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan seperti di Eropah, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan India.

Mohamed Khaled berkata penduduk Malaysia secara umumnya semakin gemar membaca dan wujud perubahan positif daripada segi sikap dan tabiat membaca.

Beliau berkata Kajian Olahan Semula Profil Membaca Rakyat Malaysia 2010 menunjukkan rakyat Malaysia yang berumur 10 tahun ke atas membaca purata lapan hingga 12 buku setahun.

"Bagi golongan berusia 10 hingga 40 tahun mereka membaca lapan buku setahun dan mereka yang lebih berumur, membaca enam buku setahun," katanya.

Mohamed Khaled berkata gerakan kempen membaca yang dilaksanakan kerajaan melalui Perpustakaan Negara Malaysia mula membuahkan hasil dan mejadi pendorong terhadap kuasa membeli buku dan membaca di kalangan rakyat Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan