Dr M Gesa Saintis Reka Produk Mampu Bertahan

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa saintis dari negara tropika menjalankan lebih banyak penyelidikan bagi menghasilkan produk berteknologi tinggi yang sesuai dan mampu bertahan secara global, tanpa mengira perbezaan iklim.

Beliau berkata kebanyakan teknologi yang digunakan di negara tropika berasal dari luar rantau itu, dan ia mungkin tidak memenuhi keperluan tempatan.

"Kita perlu memastikan apa yang kita hasilkan di sini mampu bertahan di seluruh dunia. Contohnya, Malaysia mengeluarkan Proton yang berjaya dipandu uji di negara beriklim sejuk seperti Sweden.

"Sebaliknya, teknologi hibrid yang digunakan bagi mengeluarkan kereta di beberapa negara tertentu tidak mampu berfungsi seperti yang diharapkan di negara ini," katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian Anugerah Sains Mahathir 2011 di sini, Selasa.

Penerima anugerah itu, Professor Yuan Longping, yang dikenali sebagai 'Bapa Beras Hibrid', membawa pulang wang tunai RM100,000 serta pingat emas dan sijil.

Dr Mahathir turut menggesa saintis Malaysia menjadi lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa dan menghasilkan produk yang boleh memberi manfaat kepada dunia.

Anugerah Sains Mahathir dilancarkan Dr Mahathir pada 2004 bagi mengiktiraf saintis dan institusi yang menyumbang kepada kecanggihan penyelidikan tropika dan mempunyai kesan ke atas masyarakat.

Dilahirkan pada 7 Sept 1930 di Beijing, China, Professor Yuan merupakan orang pertama membangunkan pelbagai beras hibrid pada 1970-an, dan ia telah ditanam secara meluas di banyak negara di Afrika, Amerika dan Asia, sekaligus menyediakan sumber makanan yang teguh di kawasan berisiko kebuluran yang tinggi.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Pengerusi Yayasan Anugerah Sains Mahathir Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid serta Presiden Akademi Sains Malaysia Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan