Anwar Nafi Pergolakan Pakatan Terhadap Kenyataan Azizan

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pergolakan dalam Pakatan Rakyat berikutan kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa kerajaan itu tidak akan melaksanakan Buku Jingga.

Beliau berkata sokongan Azizan terhadap penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) adalah disebabkan kerajaan Kedah yang terikat oleh Universiti dan Akta Kolej Universiti (AUKU).

"Dia rasa dihina dengan kritikan yang seolah-olah dia telah buat salah. Tetapi ketika itu, Azizan terikat dengan undang-undang yang hadir (AUKU) walaupun dia tidak bersetuju dengannya," Anwar memberitahu pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina PKR di Dewan SJKC Jinjang Selatan di sini, Rabu.

Bagaimanapun, Anwar menekankan bahawa semua pihak Pakatan mesti memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada Buku Jingga sebagaimana yang telah dipersetujui secara kolektif.

Beliau berkata beliau berhubungan dengan Azizan mengenai isu ini.

Azizan dilaporkan berkata kerajaan Kedah tidak akan melaksanakan Buku Jingga kerana kerana ia tidak terkandung dalam Al-Quran, sambil menambah bahawa pengkritik juga perlu memeriksa status Kuin.

Beliau berkata sebagai sebuah universiti swasta, ianya terletak di bawah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan bukan AUKU.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan