Sindiket Curi Kereta Kini Tumpu Pasaran Eropah, Afrika

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sindiket mencuri kereta di Malaysia telah mengembangkan pasaran mereka ke Eropah dan Afrika meskipun negara-negara Asia kekal sebagai destinasi utama bagi kereta-kereta yang dicuri.

Bagi kereta-kereta yang tidak diceraikan bahagiannya untuk dijual di pasaran gelap, ia akan dihantar ke lokasi-lokasi seperti Afrika Selatan dan Greek manakala sindiket meneruskan memenuhi permintaan di negara-negara berhampiran seperti Kemboja, Vietnam dan Laos.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, terdapat juga permintaan besar bagi pacuan empat roda di Timur Tengarah berikutan keadaan gurun di negara-negara itu.

Beliau menambah, model-model yang paling popular ‘dieksport’ adalah Toyota Hilux, Toyota Camry dan Honda Civic manakala kereta buatan tempatan dikeluarkan bahagian-bahagiannya.

“Kita telah menangangi kereta-kereta hilang di Malaysia (yang dihantar) di Singapura, New Zealand, Afrika Selatan termasuk juga Greek menerusi rakan-rakan kerjasama kita di luar negara,” kata Mohd Bakri pada Isnin.

“Kereta-kereta yang dicuri tidak disimpan di satu-satu tempat terlalu lama.

"Mereka (sindiket) membawa kereta-kereta berkenaan dengan segera dengan memuatkannya dalam bekas kargo yang diisytiharkan sebagai barangan lain dan kemudiannya memindahkannya dalam tempoh 24 jam,” katanya lagi.

Beliau mengimbas semula mengenai satu serbuan di sebuah gudang di Kampung Air Hitam di Banting tahun lalu.

“Kami mematahkan sindiket mencuri kereta terbesar dalam tempoh dua tahun dan merampas sebanyak 98 buah kereta yang bernilai RM8 juta.

“Mereka (sindiket) menyeludup kereta-kereta itu di dalam kontena dan mengisytiharkannya sebagai perabot dan kemudian menghantarnya ke Cyprus, Hong Kong, Thailand dan Dubai,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya mendapatkan semula kereta-kereta yang menggunakan sistem kedudukan global (GPS) untuk menjejakinya di mana kebanyakannya meninggalkan negara ini tanpa dikesan.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan