Krisis Air Beri Kesan Kepada Pembangunan Negara Jika Tidak Diatasi Segera - Chin

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Krisis bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijangka berlaku pada tahun 2014, dikhuatiri akan memberi kesan kepada projek-projek pembangunan negara pada masa akan datang, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

"Kita tahu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak akan meluluskan permintaan projek pembangunan baru jika krisis air ini terus berlaku.

"Akibatnya ia akan memberi masalah kepada negara daripada segi perkembangan ekonomi dan kemajuan," katanya dalam ucapan pada Majlis Amanat Tahun Baru 2012 dan sambutan Tahun Baru Cina kementeriannya di sini, Selasa.

Chin berkata meskipun kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanaan projek-projek mitigasi bagi meminimumkan kesan krisis itu, ia masih tidak mampu menyelesaikan sepenuhnya masalah bekalan air yang dijangka berlaku.

Beliau berkata sehingga kini pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 juga tertangguh dan mengalami kelewatan kerana kerajaan negeri Selangor masih tidak memberi kerjasama bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Menurutnya laporan terkini SPAN memaklumkan rezab kapasiti bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mengalami penurunan ketara kepada 1.43 peratus berbanding 3.4 peratus pada Disember 2011.

Katanya jika tidak diatasi segera, para pengguna akan mengalami gangguan bekalan air yang lebih kerap khususnya pengguna-pengguna di kawasan selatan Selangor.

"Walaupun Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Loji Rawatan Air Sungai Langat diarahkan beroperasi melebihi kapasiti reka bentuk masing-masing, ia juga tidak dapat menampung permintaan air yang semakin meningkat di kawasan itu," katanya.

Sehubungan itu Chin berkata kerajaan Persekutuan melalui kementerian itu berhasrat memulakan operasi Loji Rawatan Air Sungai Labu yang telah siap pada Disember 2011 yang dijangka dapat menampung permintaan bekalan air di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan kawasan selatan Selangor.

Bagaimanapun sehingga kini loji itu belum dapat beroperasi kerana masih menunggu maklum balas daripada Lembaga Urus Air Selangor untuk meluluskan lesen abstraksi kepada pihak yang akan mengendalikannya, kata Chin.

Dalam pada itu beliau menasihatkan pengguna yang tinggal di kawasan-kawasan terjejas bekalan air supaya berhemah dalam penggunaan air. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan