Kenyataan Anwar Dalam WSJ Akan Beri Gambaran Negatif - Jamil Khir

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal (WSJ) bahawa beliau akan mempertahankan keselamatan Israel baru-baru ini, akan memberi gambaran negatif di kalangan bukan Islam dan menunjukkan seolah-olah umat Islam tidak bersatu dalam memperjuangkan isu membabitkan Palestin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata apa yang diperkatakan Ketua Pembangkang itu sangat serius, merbahaya dan akan memberi mesej yang salah kepada umum kerana kenyataannya boleh disalah tafsir kelak.

"Apabila Anwar berkata dia menyokong kedaulatan negara Israel dan sanggup mempertahankan keselamatan negara itu, ia seolah-olah memberi mesej berkaitan strategi iaitu strategi agar Israel menyerang negara lain demi mempertahankan negara sendiri," katanya.

Dalam temubual dengan akhbar WSJ baru-baru ini, Anwar menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel.

Jamil Khir berkata demikian selepas Persidangan Penyelarasan Baitulmal antara Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri di sini, Selasa.

Ditanya mengenai prosiding rayuan pertuduhan qazaf yang difailkan Anwar terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Rayuan Syariah semalam, beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Mengenai persidangan Penyelarasan Baitulmal, Jamil Khir berkata beliau mencadangkan kepada JAWHAR dan Majlis Agama Islam di setiap negeri agar mereka membangunkan tanah-tanah wakaf miliknya untuk pembangunan komersil.

Secara keseluruhan, Majlis Agama Islam di seluruh negara memiliki kira-kira 11,000 hektar tanah wakaf yang boleh digunakan untuk pembinaan pusat-pusat hemodialisis, sekolah agama, rumah anak yatim, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan sebagainya yang dapat menghasilkan keuntungan.

Katanya, projek pembangunan komersil itu tidak perlu menggunakan dana kerajaan sebaliknya ia boleh dibuat menerusi pinjaman bank kerana ia membabitkan kos yang tinggi.

Selain itu, Jamil Khir berkata pada persidangan itu semua peserta bersetuju agar setiap Majlis Agama Islam negeri mewujudkan sebuah perbadanan khusus untuk pengurusan tanah wakaf dengan mengambil contoh Majlis Agama Islam Selangor yang menubuhkan Perbadanan Wakaf Selangor pada tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan