Jawatan Setiausaha MIC Dikembalikan Semula Kepada C.Sivarraajh

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Pemuda MIC, C. Sivarraajh telah dikembalikan jawatannya selepas selesai menjalani hukuman penggantungan selama empat bulan daripada jawatannya.

Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata keputusan melantik semula Sivarraajh dibuat pada mesyuarat exco sayap itu malam tadi selepas berunding dengan presiden Datuk G. Palanivel.

"Berikutan itu, kami harap dia akan terus memberi tumpuan kepada tugasnya khususnya dalam persediaan kami menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13," katanya kepada Benama ketika dihubungi, Selasa.

Sivarraajh pada mulanya digantung selama 12 bulan mulai 17 Ogos tahun lalu kerana mengkritik keputusan kepimpinan parti itu menerima semula beberapa anggota yang dpecat pada April tahun lepas.

Dia dilaporkan mengemukakan aduan kepada Pendaftar Pertubuhan selepas Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu mengambil keputusan menerima semula tiga pemimpin berkenaan - bekas timbalan ketua pemuda V.Mugilan dan dua bekas anggota Jawatankuasa Pusat KP Samy dan G. Kumar Amaan.

Bagaimanapun, selepas merayu, parti itu mengurangkan tempoh penggantungannya kepada empat bulan yang berakhir 31 Dis lalu. Semasa penggantungan itu, parti itu melantik P.Punithan sebagai setiausaha pemuda sementara. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan