Sara 1Malaysia Skim Bantuan Pinjaman

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), yang baharu dilancarkan pada 12 Januari lepas, merupakan skim bantuan kerajaan berbentuk pinjaman melalui bank-bank terpilih.

Ini bertujuan membantu meningkatkan pendapatan dan menggalakkan penabungan dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SARA 1Malaysia.

SARA 1Malaysia tidak boleh disertai secara tunai.

Skim ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur dari 18 hingga 58 tahun, yang memperoleh pendapatan kasar bulanan isi rumah antara RM500 dan RM3,000, dan tidak diisytiharkan muflis semasa memohon serta sepanjang tempoh penyertaan dalam skim itu.

Pemohon dan/atau pasangan juga mestilah tidak pernah menerima bantuan daripada skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) seperti Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW2020-Bandar, selain tidak memiliki pelaburan dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB.

Sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul mesti bersamaan ataupun kurang daripada RM10,000. Mereka yang berkelayakan berpeluang memohon pinjaman berjumlah RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).

Ia hanya memerlukan komitmen pembayaran balik minimum daripada peserta selama 5 tahun.

Insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit-unit tambahan AS 1Malaysia.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di cawangan Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN), di seluruh negara. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan