Musa Aman Galak Dewan Perusahaan Cina Pelajari Program Transformasi Kerajaan

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meggalakkan Dewan Perusahaan dan Perindustrian Cina untuk mempelajari Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan inisiatif kerajaan lain yang menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi dengan berkesan dan berterusan.

Beliau berkata masyarakat dewan itu hendaklah mengambil peluang dengan pertumbuhan ekonomi Sabah yang sebahagiannya disumbangkan oleh perniagaan kecil dan sederhana yang dijalankan oleh ahli-ahli pelbagai dewan perusahaan.

"Menerusi pelbagai jenis profesional dan perniagaan yang diceburi, anda boleh wujudkan pekerjaan yang menyediakan pendapatan yang berterusan. Anda juga patuh bayar cukai yang menjadi pendapatan kerajaan untuk menjalankan pelbagai projek pembangunan," katanya berucap pada majlis makan malam Dewan Perusahaan dan Perindustrian Cina Kota Kinabalu (KKCCCAI) sempena Tahun Baru Cina di sini malam, Ahad.

Menurutnya etika kerja dan dedikasi di kalangan masyarakat perniagaan Cina terus menjana pertumbuhan ekonomi negara.

"Saya diberitahu bahawa lawatan perdagangan ke Guangzhou, China tahun lepas adalah salah satu aktiviti yang anda ambil untuk meningkatkan hubungan dagangan antara Malaysia dan negara lain," kata Musa.

"Dengan menjalin perkongsian dengan negara-negara lain termasuk Cina yang merupakan negara kuasa besar ekonomi, kita boleh menjana ke arah proses membina lebih banyak perniagaan dan mengukuhkan ekonomi kita," tambah beliau.

Sementara itu, presiden KKCCCI Datuk Seri Sari Nuar menggesa masyarakat Cina menghargai kestabilan dan kemakmuran mereka dan menyokong kerajaan negeri di bawah pimpinan Musa untuk kesejahteraan Sabah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan