Lagi Dakwaan Ke Atas NFCorp Oleh PKR

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin mendedahkan satu lagi bukti khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirim oleh Pengerusi Perbadanan Fidlot Nasional atau NFCorp kepada ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail yang mendakwa kononnya mengarahkan beliau (Shamsubahrin) merasuah polis untuk menutup kes tersebut.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, pendedahan tersebut dibuat sendiri oleh Shamsubahrin dalam satu pertemuan dengan peguam parti, N.Surendran selepas beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu, Jumaat lalu.

"Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin mendakwa beliau menerima tekanan daripada Mohamad Salleh dan dijadikan sebagai kambing hitam di dalam isu NFC untuk menutup kes tersebut," katanya pada sidang media di Pejabat PKR di sini, Isnin.

Menurut Zuraida, kiriman SMS tersebut akan menjadi bukti kukuh wujudnya unsur rasuah dan sogokan dari NFC kepada polis.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, Shamsubahrin nekad mendedahkan bukti yang ada di tangan beliau sepanjang berurusan dengan Mohamad Salleh kerana merasakan diri dan keluarganya dianiaya dalam kes ini.

"Samsulbahrin telah dituduh dan diperangkap cuba menipu Datuk Salleh selepas pembekuan akaun NFC. Malah, akaun syarikat termasuk akaun isteri dan keluarga turut dibekukan bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin mendakwa pelantikan beliau sebagai penasihat dan perunding korporat NFC pada November 2011 adalah palsu bertujuan untuk membersihkan segala masalah dalaman NFC.

Zuraida mendakwa, dalam satu pertemuan Shamsubahrin bersetuju membantu Mohamad Salleh untuk memperkemaskan penyata akaun dan kewangan NFC agar tidak wujud sebarang keraguan sewaktu siasatan forensik perakaunan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Antara perkara yang dipersetujui untuk diatur adalah pesanan sebanyak 200 ekor lembu dara dari Afrika, pertemuan Mohamad Salleh dengan pegawai tertinggi polis di Bukit Aman untuk memudahkan siasatan serta menguruskan pegawai polis dan SPRM.

Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh membabitkan wang berjumlah RM1.755 juta di atas perkhidmatan rundingannya kepada NFC.

Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas pertuduhan itu pada 30 Disember lalu.

Hakim Ahmad Zamzani membenarkan Shamsubahrin diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Shamsubahrin mendakwa, tuduhan dan penyiasatan ke atas beliau juga tidak berasas dan bermotifkan politik.

Sementara itu, Surendran yang juga peguam mewakili Shamsubahrin berkata, anak guamnya itu masih direman di penjara Sungai Buloh kerana bimbang dengan tahap keselamatannya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan