Hishammuddin Kutuk Khabar Angin KPN Meninggal

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengutuk sekeras-kerasnya khabar angin yang mengatakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar telah meninggal dunia di London.

Beliau berkata KPN yang kini berada di London bagi tujuan urusan rasmi dengan Polis United Kingdom, berada dalam keadaan sihat dan akan pulang ke Malaysia Khamis ini.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya tohmahan dan cerita-cerita jijik (khabar angin tentang KPN), kerana beliau kini berada di luar negara bertugas dalam memastikan rakyat dan keselamatan negara ini sentiasa terjamin," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Ismail berada di London bagi mengembangkan lagi kerjasama rangkaian di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan agensi perisikan MI5 dan MI6 United Kingdom.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno dan Ketua Umno Bahagian Semberong berkata demikian pada majlis penyerahan rumah yang dibina Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) kepada 56 mangsa banjir di sini.

Turut hadir pada majlis itu adalah Pengerusi SPNB Datuk Seri Idris Haron.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook menafikan khabar angin bahawa Ismail telah meninggal dunia di London.

Hishammuddin berkata, beliau tidak tahu apa manfaat yang diperoleh oleh pihak tertentu mengeluarkan khabar angin itu.

Katanya beliau mendapat laporan daripada Polis setiap jam dan jika sesuatu berlaku kepada KPN, maka beliaulah orang yang pertama akan mengetahui mengenainya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan berita-berita yang dijana oleh blog, Facebook dan Twitter sebelum ia disahkan oleh pihak berkuasa.

Sementara itu Idris ketika berucap pula berkata, rumah-rumah mampu milik itu mempunyai nilai sebenar sebanyak RM96,000 tetapi kerajaan telah memberikan subsidi RM50,000 daripada kos itu.

Penerima rumah mampu milik itu katanya, hanya perlu membuat bayaran bulanan sebanyak RM150 dan ini membuktikan lagi keprihatinan kerajaan untuk membela nasib rakyat yang kurang bernasib baik.

Beliau berkata pada tahun ini SPNB telah diarahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membina 10,000 unit rumah mampu milik bagi kemudahan rakyat. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan