Bank Negara Umum Kelonggaran Dagang Mata Wang Asing

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank-bank tempatan berlesen kini dibenarkan berdagang mata wang asing dengan mata wang asing lain, dengan pemastautin, berkuatkuasa mulai esok, demikian menurut satu pengumuman Bank Negara Malaysia. Bank pusat itu juga mengumumkan bahawa mulai esok, bank-bank tempatan berlesen dibenarkan menawarkan derivatif kadar faedah dalam denominasi ringgit kepada bukan bank bukan pemastautin.

Kelonggaran juga diberikan kepada pemastautin untuk menukar obligasi hutang ringgit atau mata wang asing sedia ada mereka kepada obbligasi hutang mata wang asing yang lain, katanya dalam satu kenyataan.

Semua langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Bank Negara Malaysia untuk mempertingkat daya saing ekonomi dan membangunkan pasaran kewangan domestik.

Langkah-langkah yang seiring dengan teras am Rangka Tindakan Sektor Kewangan ini akan menyumbang ke arah peningkatan tahap kecairan, keluasan dan penyertaan pelbagai peserta dalam pasaran kewangan domestik.

Dengan liberalisasi ini, pemastautin dibenarkan membeli dan menjual mata wang asing dengan mata wang asing lain bagi sebarang tujuan, termasuk perniagaan.

Bagaimanapun, transaksi sedemikian hanya boleh dilaksanakan dengan bank tempatan berlesen, katanya.

Bank tempatan berlesen adalah bank komersial berlesen, bank Islam berlesen dan bank pelaburan berlesen di Malaysia.

Bank Negara berkata pengurup wang berlesen dan pengusaha perkhidmatan penghantaran wang yang diluluskan hanya dibenarkan membeli dan menjual mata wang asing dengan pemastautin dan bukan pemastautin secara tunai.

Menurut Bank Negara lagi, liberalisasi itu tidak termasuk perniagaan mata wang asing dengan ringgit.

Individu pemastautin boleh juga berniaga mata wang asing dengan mata wang asing lain, kata Bank Negara. Bagaimanapun, dalam menawarkan produk itu kepada mana-mana pemastautin, termasuk individu, sesebuah bank tempatan berlesen itu dikehendaki memastikan pemastautin itu menepati penilaian kesesuaian seperti yang ditetapkan di bawah garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara.

Bank pusat itu juga menjelaskan, pemastautin boleh membeli atau menjual mata wang asing dengan mata wang asing yang lain berasaskan semerta atau ke hadapan dan boleh membiayai perniagaan daripada dana mata wang asing mereka yang sedia ada dalam sebarang jumlah.

Mereka juga boleh membiayai perdagangan mereka dari pertukaran ringgit berasaskan semerta (tertakluk kepada peraturan sedia ada mengenai pelaburan dalam aset mata wang asing) atau kemudahan kredit mata wang asing yang dibenarkan, jelas Bank Negara.

Bank Negara juga menegaskan, derivatif kadar faedah berdenominasi ringgit termasuklah kontrak hadapan kadar faedah, opsyen dan penukaran.

Kata bank berkenaan lagi, pertukaran melalui penukaran obligasi hutang ringgit atau mata wang asing kepada obligasi hutang mata wang asing lain akan dianggap sebagai kemudahan kredit asing dan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ada tentang kemudahan kredit mata wang asing yang diperolehi pemastautin.

Penukaran melalui pertukaran obligasi hutang ringgit tidak seharunya membawa kepada penyerahan sebenar mata wang asing pada permulaan transaksi itu.

Bank Negara turut menjelaskan bahawa penukaran itu juga tertakluk kepada peraturan-peraturan sedia ada tentang kemudahan kredit mata wang asing yang diperoleh pemastautin.

Semua penukaran melalui pertukaran yang melibatkan obligasi hutang ringgit mestilah dilaksanakan dengan bank tempatan berlesen dan tertakluk kepada peraturan sedia ada mengenai kemudahan kredit mata wang asing.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan