Negara Tidak Akan Muflis Menjelang 2020:Nor Mohamed

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Dakwaan pembangkang bahawa negara akan muflis menjelang tahun 2019 hanya mainan politik dan cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada rakyat memandangkan kadar perbelanjaan domestik negara menunjukkan peningkatan setiap tahun.

"Kalau rakyat khuatir dengan kerajaan mereka tidak akan berbelanja. Tetapi sebaliknya berlaku. Setiap tahun perbelanjaan domestik meningkat. Rakyat tidak takut untuk berbelanja kerana mereka tahu negara sentiasa maju," katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parlimen Tasek Gelugor di sini Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pelbagai pihak terutama pembangkang bahawa Malaysia akan muflis menjelang tahun 2019 dan menggesa rakyat supaya menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang.

Dakwaan itu dibuat berdasarkan pendedahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bahawa nisbah hutang kerajaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun sehingga 2012.

Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata tidak timbul isu negara akan muflis kerana sejak Malaysia merdeka taraf hidup rakyat semakin meningkat.

"Sejak merdeka kita boleh lihat pendapatan rakyat meningkat dari tahun ke tahun, kalau dulu mereka hidup miskin sekarang pendapatan mereka berada pada tahap berpendapatan pertengahan.

"Pendapatan rakyat juga tinggal satu tahap lagi untuk mencapai taraf negara maju dan saya yakin kita akan memperoleh jumlah pendapatan sebanyak US$15,000 menjelang 2020. Jadi, tidak timbul isu negara akan muflis," katanya.

Beliau berkata kerajaan sedang dan akan menjalankan pelbagai strategi bagi meningkatkan lagi taraf hidup rakyat dan ekonomi negara melalui program tranformasi negara antaranya Rancangan Malaysia Ke-10, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Luar Bandar.

Katanya, dakwaan pembangkang itu juga tidak berdasarkan fakta sebaliknya satu tuduhan terhadap BN. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan