Najib Garis Dua Teras Untuk BN Peroleh Mandat Penuh Rakyat

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bekerja kuat berlandaskan strategi betul dan semangat bersatu padu merupakan dua perkara penting digariskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Barisan Nasional (BN) mendapat mandat penuh daripada rakyat untuk terus menerajui pentadbiran negara.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata kedua-dua perkara itu perlu menjadi pegangan semua anggota komponen BN.

"Ini bukan sahaja terpakai kepada MCA, ia juga terpakai kepada Umno, Gerakan, MIC dan kepada seluruh negara...seperti pepatah "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

"Apa yang kita perlukan ialah MCA yang bersatu padu, MIC yang bersatu padu, Gerakan yang bersatu padu, Umno yang bersatu padu dan BN yang bersatu padu," katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA Perak di sini, Ahad.

Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Katanya BN boleh menghadapi sebarang cabaran pada pilihan raya umum akan datang jika semua anggota terus bekerjasama dan bersatu.

Perdana Menteri berkata bekerja keras untuk kejayaan parti adalah prasyarat untuk memastikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan sedia ada terus bertambah.

"Apa yang penting bagi kita adalah untuk (rakyat) merasa yakin kepada kerajaan yang dipimpin BN. Kita mempunyai wawasan untuk masa depan, bukan sahaja kita mempunyai wawasan untuk masa depan tetapi kita juga adalah sebuah kerajaan yang berkesan untuk mencapai cita-cita dan impian yang besar untuk negara," katanya.

Najib berkata tidak seperti pembangkang yang menjadikan janji sebagai senjata mereka tanpa mempedulikan sama ada ia boleh dikotakan atau sebaliknya.

"Saya tidak fikir agenda dan wasasan yang dibawa pembangkang boleh dilaksanakan kerana terlalu banyak janji yang sebenarnya tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata. Satu perkara yang kita perlu sedar apabila mereka menjadi pembangkang, senjata yang ada pada mereka adalah senjata membuat janji.

"Mereka hanya pandai buat janji, tidak kisahlah janji itu dikota atau tidak tapi selagi boleh berjanji matahari, bulan dan galaksi, bagi mereka itu senjata paling penting," katanya.

Najib berkata rakyat sebagai pengundi seharusnya tidak tertipu dengan pendekatan dan kaedah pembangkang yang tidak realistik itu.

Beliau berkata kerajaan BN tidak menabur janji kosong sebaliknya akan berperanan sebagai kerajaan yang berkesan demi masa depan semua rakyat.

Sementara itu, beliau meminta anggota BN Perak bekerja kuat dan memberi kerjasama kepada Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Pengerusi BN negeri dalam usaha memastikan Perak kekal diterajui BN. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan