Muhyiddin Minta PAS Perjelas Kecaman Larang Anggota Ke Program Berkaitan Akidah

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta PAS menjelaskan tuduhan berhubung larangan kepada anggota parti itu untuk menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).

Beliau berkata kepimpinan PAS perlu menjelaskan tuduhan atau kecaman yang dibuat bekas exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hassan Ali itu supaya rakyat mengetahui hakikat sebenar mengenainya sekaligus membuat penilaian.

"Soal akidah ini adalah soal yang penting dari segi Islam tetapi kalau bekas pemimpin PAS berani mengatakan ramai anggota parti itu tidak berpandu soal akidah, maka masyarakat Islam perlu membuat penilaian.

"Kalau betul itu tuduhan yang berat maka PAS juga harus tampil ke depan untuk menafikan. Dr Hassan Ali adalah seorang yang berilmu dan tentu ada sebab yang kukuh mengapa beliau berkata begitu. Kalau PAS tidak setuju, maka PAS boleh tolak," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Zon Sungai Terap/Sungai Raya, di Bukit Pasir, di sini, Ahad.

Hassan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor semalam menyifatkan kepimpinan parti itu sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada murtad.

Menurutnya adalah tidak logik parti yang mendokong perjuangan Islam selama ini bertindak sedemikian.

Timbalan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata pimpinan Barisan Nasional (BN) juga sentiasa memerhatikan perkara seumpama itu dan begitu juga dengan rakyat.

"Apa matlamat PAS dan apakah pemimpin PAS benar-benar Islam atau Islam hanya kulit atau sebagai luaran sahaja. Ini harus diberi penilaian semasak-masaknya oleh orang Islam dan bukan Islam di negara kita," tegasnya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan