MCPF Mahu Polis Tingkat Keberkesanan Kepolisan

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan polis perlu meningkatkan keberkesanan kepolisan dan mengguna pakai teknik dan kaedah lebih baik selaras dengan perubahan landskap masa kini, menurut Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Naib Pengerusi MCPF Tan Sri Lee Lam Thye berkata pasukan keselamatan itu juga perlu meningkatkan peranannya dalam sistem penyampaian dan pemantauan perkhidmatan kepolisan demi kebaikan orang ramai.

Beliau berkata tumpuan perlu diberikan terhadap pembanterasan jenayah siber yang kini semakin meningkat.

"Berkongsi amalan terbaik dengan pasukan polis dari negara-negara maju akan membantu Polis Diraja Malaysia meningkatkan prestasinya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Lee berkata tidak dinafikan kehadiran lebih banyak anggota polis dan rondaan bersama dengan agensi penguatkuasa lain di kawasan berisiko jenayah telah berjaya mengurangkan jenayah jalanan seperti ragut dan rompakan.

Bagaimanapun, beliau berkata polis tidak oleh alpa dan usaha perlu dipertingkatkan dalam membanteras dan mencegah jenayah.

"Saya ingin menyatakan bahawa usaha polis dalam mengurangkan jenayah tidak akan mungkin dapat dilakukan sebaiknya tanpa kerjasama orang awam dan penyertaan badan bukan kerajaan seperti MCPF," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan