Keputusan Majlis Tertinggi Aktifkan Jawatankuasa Disiplin Dialukan

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Umno Sabah mengalu-alukan keputusan Majlis Tertinggi Umno mengaktifkan lebih awal Jawatankuasa Disiplin untuk memantau anggota yang terlibat dalam perbuatan mensabotaj parti itu sebelum pilihan raya.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan keputusan itu sebagai satu amaran awal dan kena pada masanya kerana ia dapat mencegah pemimpin dan anggota Umno daripada melakukan perbuatan tersebut terhadap parti menjelang pilihan raya.

"Pilihan raya akan datang ini genting bagi Umno dan Barisan Nasional. Seharusnya kita menyekatnya dari awal-awal lagi dan ia suatu ingatan kepada anggota Umno supaya sentiasa setia kepada parti," kata Salleh berucap merasmikan program IT Puteri Umno sebagai persiapan pilihan raya umum, di 1Borneo Mall di sini, Ahad.

Mengumumkan keputusan itu Jumaat malam, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Jawatankuasa Disiplin itu diberi kuasa mengambil tindakan ke atas sebarang perbuatan salahlaku dalam Umno. Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah menggesa anggota Puteri Umno menggunakan secara optimum teknologi maklumat (IT) sedia ada dalam menyebarkan berita politik kepada pengundi.

Beliau berkata kemajuan bidang internet, youtube dan twitter membuka dimensi baru dalam kempen pilihan raya di negara ini.

"Masa sudah berlalu bagi orang ramai bergantung sepenuhnya terhadap berita melalui media cetak dalam membuat rumusan pendapat dan untuk proses mengambil sesuatu keputusan.

"Teknologi rangkaian sosial nampaknya merubah membawa transformasi politik yang boleh mempengaruh kerajaan. Dengan kerana itu anggota Puteri Umno perlu berpengetahuan IT dan jika boleh mahir dalam internet," katanya.

Yang demikian, kata Salleh, perang internet sekarang mustahak bagi Umno dan BN dalam memenangi hati serta fikiran rakyat dalam pilihan raya umum mendatang.

"Kita tidak mahu memperkecilkan kekuatan pihak pembangkang dalam perang internet sebelum atau semasa pilihan raya. Namun, kali ini kita tidak mahu lagi terperangkap dan pastinya berusaha habis-habisan merubah keadaan ini," katanya.

Bekas Ketua Menteri itu menggesa rakyat, terutama sekali anggota Puteri Umno berjuang bersama-sama BN dalam pilihan raya akan datang.

Salleh berkata di bawah kepimpinan Najib di peringkat Persekutuan dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Sabah, BN adalah pilihan terbaik bagi rakyat negeri ini kerana sudah terbukti mampu memperjuangkan nasib rakyat.

Hadir di majlis tersebut ialah Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan