Jamin Tidak Roboh Tempat Ibadat Haram

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan tidak akan merobohkan tempat-tempat ibadat haram dengan sewenang-wenangnya bagi membolehkan setiap penganut agama dapat menjalankan aktiviti keagamaan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata meskipun terdapat banyak tempat ibadat dibina secara haram namun ia bergantung kepada pemilik tanah untuk mendapatkan taraf sah untuk tanah itu.

"Sama ada tanah itu milik kerajaan atau swasta kita pasti ada perbincangan dan rundingan terlebih dahulu...kemudian kita pastikan mereka menyediakan kawasan pemindahan yang sesuai sekiranya mereka inginkan tanah itu.

"Bagaimanapun, proses ini memerlukan masa yang lama berikutan terdapat beberapa prosedur yang perlu dilalui oleh mereka, namun kerajaan sentiasa prihatin terhadap sensitiviti semua agama di negara ini" katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat kelulusan perizaban tanah kerajaan tujuan tapak Kuil Arulmigu Sri Ramalingeswarar di sini, Ahad.

Kuil tersebut yang telah beroperasi lebih 100 tahun dirizabkan mengikut Seksyen 62 Kanun Tanah Negara bagi tujuan tapak kuil di bawah kawalan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan manakala tapak diurus tabir oleh jawatankuasa kuil itu.

Raja Nong Chik berkata tujuan perizaban tanah tersebut adalah bagi memastikan tapak tersebut sah dari sudut perancangan, diwarta mengikut perundangan dan akan kekal kegunaan bagi tujuan rumah ibadat.

Sehubungan itu, beliau berharap usaha murni kerajaan ini tidak akan dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu yang akan menjejaskan kestabilan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan