Anwar Tidak Relevan - Ibrahim Ali

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sudah tidak relevan dalam politik negara.

Ibrahim mendakwa rakyat negara ini juga sudah letih dengan segala permainan politik Anwar dan yang terbaru mengenai komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemuramah oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

"Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia supaya lupakan Anwar, sudah sampai masanya untuk kita lupakan Anwar dan kita perlu mengorak langkah ke hadapan demi masa depan kita. Golongan media juga tak payahlah nak excited dengan dia ni.

"Saya sebagai kawan Anwar sudah menganggap yang 'politically' Anwar sudah mati, Anwar sudah tidak relevan kerana banyak sebab," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, Ahad.

Ibrahim berkata kenyataan Anwar mengenai Israel itu jelas menunjukkan bahawa pendirian Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah sama dengan dasar Amerika Syarikat.

"Kita terperanjatlah (dengan kenyataan Anwar itu), walaupun dia buat penjelasan tapi kenyataan dia samalah dengan dasar Amerika Syarikat iaitu mereka mahukan sebuah negara Palestin, pada masa yang sama mereka mahu melindungi keselamatan Israel," katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata tuduhan sesetengah pihak bahawa Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang rasis telah terbukti tidak benar dengan kehadiran ratusan warga Tionghoa dari sekitar Kuala Lumpur pada majlis itu.

"Ini adalah kali pertama Perkasa menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina sejak ditubuhkan tiga tahun lepas khusus untuk meraikan warga emas, wartawan dan jemputan kaum Tionghoa.

"Saya amat terperanjat dengan kehadiran yang di luar dugaan sama sekali, kita tak menjangka seramai ini yang hadir sehingga makanan pun tidak mencukupi dan terpaksa kita tambah, ang pau pun masih ada yang belum dapat dan ini satu sambutan yang cukup luar biasa," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan