Pemberian BR1M Tanda Kerajaan Hargai Sokongan Rakyat

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Penyaluran dana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah agenda nasional bagi menghargai sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Negeri, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak berkata, BR1M membantu golongan berpendapatan rendah memperoleh wang tunai bagi tujuan membeli pelbagai keperluan harian.

Namun, seperti biasa, pembangkang mempertikai dan memfitnah kerajaan bahawa pemberian BR1M untuk menagih simpati rakyat dan untuk memancing undi, katanya pada majlis penyerahan BR1M Parlimen Maran peringkat DUN Chenor siri 2 di Dewan Pekan Awah di sini, Jumaat.

Pemberian tersebut melibatkan 360 penerima. Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tohmahan pembangkang itu kerana ia bermotifkan politik dan terbukti kerajaan mempunyai dana yang cukup untuk memberi RM500 kepada mereka yang layak.

Sementara itu, Anggota Parlimen Maran Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, kepimpinan negara telah menangani pelbagai masalah secara bijaksana sehingga ekonomi negara terus berkembang secara positif.

Katanya kemantapan ekonomi negara turut mempengaruhi pendapatan berkapita negara yang secara langsung disalurkan semula kepada rakyat melalui pelbagai insentif seperti BR1M dan bantuan itu perlu perlu dimanfaatkan sepenuhnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan