Khalid Gesa Usahawan Selangor Ceburi Pasaran Luar Negara

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa agar usahawan tempatan merebut peluang-peluang perniagaan yang ada dalam pelbagai sektor di China, Korea, Jepun dan Jerman.

Beliau berkata usahawan Selangor perlu melawat negara-negara ini untuk mengukuhkan lagi kerjasama ekonomi semasa antara Malaysia dan negara-negara lain, sekali gus meneroka pelbagai jenis pelaburan.

"Dalam keadaan ekonomi yang statik ini, perlunya kita lebih kreatif dalam mendapatkan pelaburan baharu dan pada masa yang sama mengekalkan apa yang ada. Sehubungan itu, negara-negara seperti China, Korea dan Jepun boleh dipertimbangkan.

"Para pelabur juga boleh mencari peluang pelaburan baharu di Jerman kerana ia sebuah ekonomi yang lebih rancak berbanding negara-negara lain di Eropah," kata beliau pada majlis resepsi Tahun Baru Cina bersama usahawan Selangor anjuran Pusat Pelaburan Negeri Selangor di sini, Sabtu.

Sementara itu, Exco Negeri Teresa Kok yang bertanggungjawab terhadap pelaburan di negeri itu berkata, kerajaan Selangor telah meluluskan pelaburan bernilai sehingga RM6.8 bilion untuk projek-projek pembuatan dari bulan Januari hingga Oktober tahun lepas.

Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), beliau berkata Selangor telah menawarkan 15,415 peluang pekerjaan dalam 218 projek peindustrian dalam tempoh itu.

"Daripada jumlah RM6.8 bilion, RM3.7 bilion ialah pelaburan asing iaitu dari Jepun (RM1.2 bilion), Singapura (RM688 juta) and Korea (RM652 juta)," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan