Kerajaan Memperuntukkan RM1 Bilion Tingkat Penglibatan Usahawan Bumiputera

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion tahun ini bagi membangun serta meningkatkan penglibatan dan ekuiti usahawan bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara pada masa hadapan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata pada masa ini terdapat kira-kira 800,000 syarikat kecil dan sederhana di negara ini tetapi hanya 200,00 daripada jumlah itu dimiliki oleh bumiputera.

"Daripada jumlah 200,000 itu, 88 peratus merupakan syarikat kecil dan mikro yang menghasilkan pendapatan kurang daripada RM250,000 setahun.

"Senario ini jelas menunjukkan terdapat jurang perbezaan ketara penglibatan usahawan bumiputera berbanding kaum lain dan usaha lebih gigih perlu dilakukan bagi mengecilkan jurang itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Merakyatkan Keusahawanan 2012 Peringkat Negeri Melaka di sini, Sabtu.

Mengenai penganjuran karnival itu, Mohd Shafie berkata ia merupakan satu program tranformasi ekonomi bertujuan memantapkan lonjakan pertumbuhan ekonomi yang kukuh berdasarkan prisip 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Beliau berkata program itu secara tidak lansung membuka ruang dan peluang kepada usahawan bumiputera mempamer dan mempromosikan produk keluaran mereka kepada umum.

Karnival tiga hari bermula semalam itu berjaya menghimpunkan 100 penyertaan daripada golongan bumiputera bagi mempamerkan pelbagai produk keluaran mereka seperti makanan, pakaian, pembuatan dan perkhidmatan.

Dalam perkembangan lain Mohd Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata tindakan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak menggerakkan Jawatankuasa Disiplin parti sebelum pilihan raya umum ke-13 adalah penting bagi memantau dan mengambil tindakan lebih awal terhadap anggota parti yang didapati melakukan perbuatan khianat atau curang terhadap parti.

"Ia merukan langkah awal kerana kita tidak mahu perbuatan khianat atau tidak berdisiplin segenlintir ahli parti memberi impak negatif pada kejayaan parti pada pilihan raya akan datang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan