Jual Baucar Buku: Polis Tak Teragak-Agak Ambil Tindakan

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang menjual baucar Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) pada harga lebih murah untuk mendapatkan wang tunai.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata baucar buku bernilai RM200 yang diberikan oleh kerajaan itu seharusnya tidak diselewengkan oleh penerima sebaliknya harus digunakan untuk tujuan sebenar.

"Apabila ada laporan menyatakan baucar tersebut telah dijual oleh segelintir penerima untuk mendapatkan wang segera, kita akan siasat, dan mana-mana pihak yang didapati salah guna baucar tersebut kita akan tengok apa bentuk tindakan sewajarnya yang patut kita ambil.

"Kita akan tengok sama ada kita akan serahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengambil tindakan atau kita sendiri yang akan buat tindakan, itu kita belum pasti lagi," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program Kepimpinan Polis Diraja Malaysia bersama Masyarakat Mengimarahkan Masjid di Masjid Al-Imam As-Syafie, Taman Maluri di Cheras, Jumaat. Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

Khalid berkata, penerima baucar itu tidak sepatutnya menyalahgunakannya kerana ianya hanya boleh digunakan untuk membeli buku untuk kemudahan dan kebaikan pelajar di samping meringankan bebanan perbelanjaan yang ditanggung mereka.

Terdapat laporan mengenai tindakan segelintir pelajar menjual atau melelong baucar itu menerusi internet pada harga lebih murah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 tahun lepas mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam dan ia tidak boleh ditukar dengan wang tunai. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan