Jawatankuasa Disiplin Umno Timbang Tambah Pasukan Pemantau - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Jawatankuasa Disiplin Umno menimbang kemungkinan menambah bilangan anggotanya bagi membolehkan ia menubuhkan lebih banyak pasukan pemantau untuk menangani masalah disiplin, termasuk tindakan anggota mensabotaj parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Lembaga Disiplin Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengenai perkara itu.

"Saya akan berjumpa dengan Pengerusi Lembaga Disiplin tentang sama ada kita menambah ahli lembaga kerana adalah agak sukar untuk kita melakukan pemantauan dengan hanya satu pasukan sahaja," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Kampung Kebun Baru, Jementah Sabtu.

Beliau berkata, Jawatankuasa Disiplin menimbang kemungkinan menambah keanggotaannya dengan melantik di kalangan anggota-anggota veteran Umno yang mempunyai masa.

Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat berkata,Jawatankuasa Disiplin parti akan digerakkan awal bagi memantau dan bertindak terhadap anggota parti yang melakukan perbuatan khianat terhadap parti. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan