Gempa Bumi Di Timur Jepun, Tiada Amaran Tsunami - Berita Semasa | mStar

Gempa Bumi Di Timur Jepun, Tiada Amaran Tsunami

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Satu gempa bumi dengan kekuatan magnitud awal 5.5 mengejutkan bahagian Timur Jepun pada pagi Sabtu, tetapi tiada laporan kecederaan atau kerosakan serta tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Fokus gegaran itu adalah 20 km (12 batu) di bawah permukaan bumi, di wilayah Yamanashi, barat Tokyo, kata Agensi Meteorologi Jepun.

Gempa bumi, pada pukul 7.43 pagi waktu tempatan turut dirasai di ibu kota.

Gempa bumi merupakan perkara biasa di Jepun sebagai salah satu kawasan gempa paling aktif di dunia.

Negara ini menyumbang kira-kira 20 peratus daripada gempa bumi di dunia dengan magnitud 6 atau lebih.

Pada 11 Mac, 2011, laut di bahagian pantai timur dilanda gempa bumi magnitud 9, rekod gempa bumi terkuat di Jepun, dan mengakibatkan tsunami besar, yang mencetuskan krisis nuklear paling teruk di dunia dalam tempoh 25 tahun sejak Chernobyl.

Bencana ini menyebabkan sehingga 23,000 mati atau hilang.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan