BR1M: Usah Terpedaya Dakyah Pembangkang - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan dakyah parti PAS bahawa kerajaan akan menaikkan cukai pendapatan selepas pilihan raya umum ke-13 setelah menyalur peruntukan dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan tersebut merupakan satu pembohongan daripada pembangkang bagi menakutkan orang ramai.

"Berapa ramai rakyat negara ini yang membayar cukai? Sebahagian besar tidak layak pun membayar cukai. Daripada 27 juta rakyat, hanya satu juta sahaja yang membayar cukai," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan BR1M zon Gersik/Kundang Ulu di sini, Sabtu.

Beliau berkata, parti pembangkang kini gusar dengan sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak membantu meringankan beban rakyat pada masa ini.

"Dia (PAS) tahu rakyat yakin dengan langkah-langkah yang diambil kerajaan BN sehingga sanggup membuat dosa kering," katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan BN tidak berniat menyusahkan rakyat, sebaliknya berniat menolong rakyat.

Malah, katanya, bantuan BR1M hanya salah satu daripada langkah kerajaan yang sentiasa berusaha meringankan beban rakyat.

Beliau berkata, kerajaan selama ini turut memberikan bantuan subsidi bahan api dan makanan, Baucar Buku 1Malaysia, bantuan persekolahan dan pelbagai bantuan lagi demi kesejahteraan rakyat pelbagai peringkat. Terdahulu, Muhyiddin, yang turut menghadiri Karnival Prihatin 1Malaysia Parlimen Pagoh anjuran Puteri Umno di Felda Sri Jaya di sini, mengingatkan pergerakan Puteri Umno agar mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan bagi mengetahui dan menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.

Beliau juga berkata, pergerakan itu yang bukan hanya merupakan sayap politik Umno tetapi terkenal dalam program berbentuk kemasyarakatan mampu menarik masyarakat khususnya golongan muda menyertai aktiviti berfaedah, sekaligus memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan