Wanita Maut Kenderaan Terbabas Di LPT

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang wanita terbunuh selepas jip yang dinaiki bersama suami dan anaknya terbabas di Km224 Lebuh raya Pantai Timur Kuantan-Kuala Lumpur dekat Bukit Goh di sini, Jumaat.

Mangsa, Huee Wan Tin, 31, berasal dari Indera Mahkota mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala suaminya, Tan Pang Yoong, 32 dan anak lelaki mereka yang berusia dalam lingkungan setahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Negeri, ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian 1.40 tengah hari itu tiga beranak terbabit dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur.

"Kejadian berlaku apabila kenderaan yang dipandu suami mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri sebelum merempuh pembahagi jalan.

"Jip yang dinaiki mangsa sekeluarga telah berpusing-pusing beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang cedera parah dan maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)untuk bedah siasat.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan