Penganjur Himpun Nafi Guna Tanda Tangan Palsu Exco Kerajaan Negeri

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) menafikan mereka mengeluarkan surat yang didakwa menggunakan tandatangan palsu anggota exco kerajaan negeri Pulau Pinang Abdul Malik Kassim.

Pengarah Urusetia Himpun negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata pihaknya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu dan tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kepada mana-mana masjid.

"Kami tidak perlu mengeluarkan surat untuk mengajak umat Islam menghadiri perhimpunan ini. Sudah sebulan kami gunakan segala 'networking' yang ada untuk menguar-uarkan Himpun ini," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau juga tidak tahu siapa yang mengeluarkan surat terbabit yang dikatakan ditandatangani Abdul Malik selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang.

Perkara itu dilapor sebuah portal berita yang antara lain menyebut surat tersebut memaparkan logo kerajaan negeri dan disebarkan kepada jawatankuasa masjid, meminta mereka menghadiri Himpun yang akan diadakan di Kepala Batas pada Sabtu.

Abdul Malik yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Maung sebelum ini menafikan beliau mengeluarkan surat terbabit dan telah membuat laporan polis pada Khamis.

Mengulas mengenai Himpun esok, Mohamed Hafiz berkata jumlah orang yang hadir tidak penting asalkan matlamat untuk mengembali dan memantapkan akidah umat Islam tercapai.

Lebih 10,000 orang dijangka hadir esok dan bekas anggota exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali adalah antara empat penceramah yang akan berucap pada perhimpunan yang bertemakan "Selamat Akidah" itu.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan