Penerima BR1M Parlimen Pandan Kesal Tunggu Terlalu Lama Untuk Dapatkan Bantuan

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Parlimen Pandan mengeluh kerana terpaksa menunggu terlalu lama sebelum dapat menuntut wang masing-masing.

Penerima bantuan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah kesal kerana selain terpaksa berbaris panjang dalam keadaan panas terik, pihak penyelaras juga dikatakan gagal menguruskan pemberian bantuan tersebut secara sistematik sehingga menyusahkan penerima terutamanya warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Seorang penerima bantuan, Daud Ghani, 64, berkata beliau hanya dapat menuntut bantuan itu selepas lebih empat jam kerana terpaksa mengharungi empat peringkat yang menyusahkan.

"Kita berterima kasih kepada kerajaan dengan bantuan ini tetapi kita kesal kerana cara pengagihannya menyusahkan orang ramai. Mula-mula kita diminta beratur di sini, kemudian di tempat lain pula.

"Ramai yang mengeluh kerana terpaksa berbaris panjang sebelum dapat memasuki dewan sekolah untuk menuntut wang masing-masing. Sepatutnya jangan ada banyak sangat tapisan kerana kita bawa surat pengesahan yang menyatakan kita memang layak mendapat bantuan ini," katanya, Jumaat.

Sehubungan itu, Daud yang merupakan pesara swasta, mencadangkan agar pemberian bantuan itu dipermudahkan terutama warga emas yang tidak sihat dan tidak dapat mengambil bantuan itu sendiri.

"Saya cuba untuk mengambil bantuan itu bagi pihak bapa saya kerana beliau tidak sihat tetapi pegawai yang bertugas memaklumkan perkara ini akan disemak dan akan menghubungi saya kemudian.

"Pada pendapat saya, kalau dokumen yang diserahkan itu sah, masukkan sahaja wang tersebut ke dalam akaun. Kenapa tidak dipermudahkan kerana bagi mereka yang tidak sihat, sukar untuk mereka beratur dan menunggu terlalu lama," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan