Mansuhkan Sahaja AUKU – Aziz Bari

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) perlu dimansuhkan sahaja dan bukannya dikaji lagi mengenai keberkesanannya, kata pakar undang-undang dan perlembangaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dipetik dalam HarakahDaily, beliau mengatakan undang-undang sedia ada di negara ini sudah merangkumi semua perkara sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan, sama ada mahasiswa atau mereka yang berada di luar.

“Universiti sekarang perlu fokus kepada sebuah pusat akedemik bukannya mencampuri urusan lain, jika sebuah pusat pendidikan lebih tertumpu kepada apa yang berlaku sekarang saya pasti tahap pendidikan negara ini tidak dapat menandingi universiti di negara-negara luar.

"Kita tidak perlu buang masa untuk mengkaji semula AUKU, kenapa perlu satu pembaziran yang besar dalam kita membuat kajian untuk sebuah pindaan. Tidakkah kita boleh memansuhkannya terus," katanya.

Beliau berkata demikian apabila menjadi salah seorang panel pada Program Wacana Sinar Harian Ke-10 bertajuk Masih Relevankah AUKU di Kompleks Karangkraf di Shah Alam, Khamis.

Aziz berkata, Malaysia telah cukup dengan segala undang-undang dan juga akta, maka tidak perlu takut sekiranya berlaku apa-apa perkara diluar jangkaan.

"Kalau AUKU dimansuhkan sekali pun, kita akan melihat terdapat dua perkara akan berlaku yang mana individu yang menyokong pemerintah tidak akan dikenakan tindakan tetapi sebaliknya akan berlaku kepada pihak yang menentang.

"Inilah masalahnya, siapa yang mengadakan perhimpunan, pemerintah sudah pasti boleh memilih siapa yang perlu dikenakan tindakan," katanya.

Menurut Aziz, mhasiswa sudah cukup matang sekarang dan mereka tahu apa yang dilakukannya, maka kebebasan perlu diberikan kepada mereka dan tidak akan rosak sebuah pendidikan negara jika AUKU dimansuhkan.

"Pendidikan negara akan rosak dan tercemar jika wujudnya campur tangan pihak luar terutamanya mereka yang mempunyai kepentingan dalam pentadbiran negara yang menentukan sepenuhnya perjalanan akedemik mahupun keputusan dan juga perlantikan seseorang pegawai peringkat tertinggi,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan