Majoriti Mahu AUKU Dipinda

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Majoriti pihak yang berkepentingan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 memberi maklum balas mahukan akta itu dipinda, kata Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU, Profesor Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.

"Saya boleh katakan, majoriti maklum balas yang kita terima sama ada daripada bentuk survei atau pendapat umum mengatakan jangan mansuh tetapi pinda. Nisbahnya ialah 60:40 (60 mahu pinda, 40 tidak mahu)," katanya kepada pemberita pada majlis wacana "Masih Relevankah AUKU" di sini, Khamis.

Beliau yang juga Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, maklum balas yang turut diterima daripada golongan mahasiswa, kakitangan akademik, parti politik kerajaan dan pembangkang berpendapat mahasiswa perlu bebas daripada fahaman dan pengaruh parti-parti politik di kampus.

"Ini menunjukkan masih kuat lagi semangat yang mengatakan kalau pelajar dibenarkan berpolitik di luar, maka seharusnya kampus menjadi tempat yang berkecuali daripada politik tetapi dengan syarat kebebasan untuk mendengar pandangan politik adalah dibenarkan dan parti-parti politik dibenarkan berucap mengenai ideologi mereka," katanya.

Bahkan kata Nik Ahmad Kamal, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universiti-universiti yang lazimnya condong kepada parti-parti tertentu memberi maklum balas bahawa jika seseorang mahasiswa memegang jawatan di dalam parti politik di luar kampus, beliau harus berkecuali di kampus dan tidak menggunakan kedudukan politiknya untuk mempengaruhi pelajar di kampus.

Mengenai kemajuan usaha jawatankuasa itu, beliau berkata pihaknya sudah sampai ke peringkat untuk membuat draf terhadap cadangan pindaan Seksyen 15 AUKU.

Bagaimanapun katanya, jawatankuasa berkenaan masih menerima maklum balas khususnya dari institusi pengajian tempatan.

Seksyen 15 itu secara am melarang sebarang bentuk kegiatan politik kepartian di kalangan mahasiswa sama ada di dalam atau di luar kampus. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan