Janji Pembangkang Mahu Lupus PTPTN Retorik Politik

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAU: Janji pembangkang yang kononnya mahu melupuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilihat lebih bersifat janji politik semata-mata dalam usaha mereka untuk meraih sokongan generasi muda.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, rakyat perlu sedar bahawa pihak pembangkang kini akan menabur pelbagai janji dalam usaha mereka meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat janji itu sebenarnya tidak berpijak di bumi nyata.

"Semasa beliau (Anwar) menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah mencadangkan supaya kerajaan meminjam daripada Tabung Kewangan Dunia (IMF) ketika berlaku krisis ekonomi, kini beliau mahu lupuskan pinjaman PTPTN pulak?," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada 233 penduduk Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau di sini. Ismail yang juga anggota Parlimen Kuala Krau berkata, rakyat wajar berfikir secara rasional terhadap setiap janji yang dibuat pihak pembangkang ketika ini, kerana banyak janji yang dibuat itu langsung tidak berpijak di bumi nyata.

Beliau berkata, kerajaan pimpinan Barisan Nasional tidak pernah membuat janji yang tidak mungkin dapat ditunaikan, namun pelbagai program yang dibuat akan sentiasa mengambil kira kesejahteraan rakyat.

"Sejak 2007, PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM38 bilion bagi membantu pelajar meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini," katanya.

Beliau berkata, pihak PTPTN juga telah banyak memberi pelbagai kelonggaran berhubung soal pembayaran balik pinjaman itu.

"Semua pihak harus sedar bahawa pinjaman yang dibayar itu, akan diberikan pula kepada pelajar lain yang mahu meneruskan pengajian mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan