Senator Doris Sohpia Dilantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Senator Doris Sophia Brodi pada Khamis mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wanita Sarawak pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, di sini.

Doris Sophia, 52, yang juga Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) dilantik sebagai senator pada 12 Mac 2010.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Doris Sophia berkata beliau berasa terharu dengan pelantikan itu yang disifatkannya bukan saja sebagai penghormatan kepada wanita Sarawak, tetapi juga wanita Malaysia amnya.

"Saya akan berkerjasama dengan Tan Sri (Abu Zahar) untuk mempertabatkan Dewan yang mulia ini," kata Doris Sophia yang juga Naib Presiden PRS.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan