Peraturan Lebih Tegas Bendung Penjualan Ubat Tak Berdaftar:Liow

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kementerian Kesihatan mempertimbang melaksanakan peraturan lebih tegas seperti hukuman penjara terhadap mereka yang didapati bersalah menjual ubat tidak berdaftar dan berisiko kepada orang ramai.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian sedang meminda beberapa peraturan berkaitan akta ubat-ubatan bagi melindungi pengguna dan mengambil tindakan yang lebih tegas itu.

"Kita sedang pertimbang untuk memberikan hukuman penjara sebab apabila dikenakan penalti dan kompaun didapati mereka ini tidak serik.

"Ini kerana ubat-ubatan tersebut boleh mendatangkan implikasi kepada orang ramai, pada masa sama juga bagi amaran pada orang ramai supaya tidak sesuka hati menjual ubat yang tidak berdaftar dengan kementerian di pasaran," katanya.

Antara akta yang melindungi pengguna daripada ubat-ubatan berisiko termasuk Akta Pendaftaran Farmasi 1951, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Racun dan Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat wartawan akhbar China Press, Chow Siew Chin, 26, yang disamun lelaki bersenjatakan sebilah pisau berdekatan pejabatnya dekat sini, pada Selasa.

Liow berkata pindaan peraturan tersebut akan dibentangkan di Parlimen pada sidang Dewan Rakyat Mac depan. Dalam pada itu beliau berkata perkhidmatan Klinik 1Malaysia semakin popular dan menerima sambutan amat baik di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu katanya kementerian akan menambah lima buah lagi klinik berkenaan di Pahang menjadikan kesemuanya 12.

"Di seluruh negara kini kita sudah ada 50 buah klinik semuanya, dan peruntukan kira-kira RM10 juta akan dibelanjakan bagi menambah lima lagi klinik di Pahang. Klinik 1Malaysia dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Katanya Pahang kini memiliki dua klinik bergerak 1Malaysia dan klinik bergerak mata dan gigi juga akan ditambah di kawasan-kawasan luar bandar yang berpopulasi tinggi.

Pada lawatan itu, Liow menyampaikan sumbangan peribadi kepada Chow. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan