Jawatankuasa Pusat Diwujudkan, Tangani Isu Murtad:Jamil Khir

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Jawatankuasa Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Syariah akan ditubuhkan bagi mempertingkatkan lagi penguatkuasaan enakmen berhubung penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jawatankuasa itu akan memantau secara dekat pelaksanaan penguatkuasaan enakmen tersebut oleh jabatan agama Islam negeri masing-masing.

"Jawatankuasa juga akan membantu kes berhubung dengan penangkapan dan pendakwaan mengikut enakmen negeri masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penasihat undang-undang negeri dan pengarah jabatan agama Islam seluruh negeri, di sini, Khamis.

Penubuhan jawatankuasa itu yang berkuat kuasa hari ini, diputuskan dalam pertemuan tersebut yang berlangsung hampir dua jam.

Jawatankuasa akan dipengerusikan Jamil Khir dan dianggotai pengarah jabatan agama Islam negeri, wakil Kementerian Dalam Negeri, wakil Jabatan Peguam Negara dan wakil Polis Diraja Malaysia.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata enakmen itu telah lama wujud, namun terdapat negeri yang kurang dalam penguatkuasaaan.

"Bagi negeri yang belum mewujudkannya (enakmen) pula diminta membawa perkara itu kepada pihak yang berkenaan untuk diwujudkan dan dikuatkuasakan undang-undang itu," katanya.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi demi menjaga keharmonian masyarakat dan sebagai pembelaan kepada mereka yang dimurtadkan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan