Aziz Bari Masih Belum Putuskan Parti Mana Yang Akan Disertainya

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh IZRA ABD RAHMAN PETALING JAYA: Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Abdul Aziz Bari akan memastikan parti politik yang bakal disertainya nanti adalah sesuai dan terbaik.

Abdul Aziz berkata, walaupun menerima banyak tawaran daripada parti pembangkang, beliau hanya akan membuat pertimbangan terhadap parti yang dapat menerima prinsip-prinsip dalam diri beliau.

"Memang saya ada terima banyak tawaran. Daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP pun ada tawar saya sertai mereka.

"Tapi saya juga kena tahu peranan yang saya mainkan dalam parti tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online, dekat sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi terkini yang menyatakan beliau akan menjadi calon PKR dan akan bertanding di Parlimen Sabak Bernam, tempat kelahirannya.

Difahamkan, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri akan mengumumkan penyertaan Abdul Aziz dalam parti itu pada masa terdekat.

Abdul Aziz yang enggan mengulas lanjut spekulasi itu menegaskan beliau masih menunggu tawaran paling baik daripada mana-mana parti yang pernah membuat tawaran kepada beliau.

"Kita pun tak tahu bila pilihan raya. Parlimen pun belum bubar. Adakah ini masa yang baik untuk bercakap soal ini?.

"Saya tengah tunggu tawaran terbaik, saya nak tahu prinsip saya diterima atau tidak," jelasnya.

Sebagai contoh, Abdul Aziz berkata beliau tidak bersetuju dengan isu “Bebaskan Lima Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN)” di Kedah di bawah kerajaan pembangkang.

"Saya sendiri tak setuju dengan isu KUIN di Kedah, saya hentam mereka. Ini menunjukkan tak semestinya saya setuju dengan Pakatan Rakyat (PR)," ujarnya.

Mengulas lanjut spekulasi politik terhadap dirinya, beliau mengakui terlalu banyak spekulasi telah dibuat tentang parti yang bakal disertai.

"Ada yang kata saya nak bertanding ganti Dr Hasan Ali di Gombak Setia dan banyak lagi.

"Spekulasi sahaja, saya tak kisah. Bukan melibatkan peribadi atau perkara yang memburukkan saya," katanya.

Pemuda Pas sebelum ini menjemput Aziz Bari menyertai parti berkenaan dan tawaran itu disambut baik oleh para pemimpin PAS.

Sebelum ini Abdul Aziz mengumumkan kesediaannya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang namun tidak menyatakan secara khusus parti mana yang bakal disertainya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan