Tiga Kesan Calar Pada Mangsa Tebusan:Polis

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis pada Rabu mengesahkan kanak-kanak yang menjadi mangsa tebusan seorang lelaki bersenjatakan pisau di Kampung Baru di sini pada Isnin lepas mengalami tiga kesan calar berpunca daripada pisau yang digunakan suspek sebelum polis bertindak melepaskan empat das tembakan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata kesan calar itu sudah disahkan oleh doktor yang merawat mangsa di Hospital Kuala Lumpur(HKL).

"Kesan calar itu ada dua pada bahagian dada dan satu calar di tangan sebelah kiri...kita percaya kesan itu datang dari pisau yang digunakan suspek semasa menjadikan mangsa sebagai tebusan," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Beliau berkata buat masa ini mangsa masih diberikan rawatan dan tidak dibenarkan diganggu oleh mana-mana pihak, dan polis akan menunggu keputusan daripada doktor sama ada boleh berjumpa mangsa atau sebaliknya.

Zulkarnain berkata tindakan polis melepaskan empat das tembakan pada waktu itu adalah wajar bagi menyelamatkan mangsa kerana keadaan suspek semakin agresif dan risiko keselamatan mangsa semakin meningkat.

"Kita terpaksa melepaskan tembakan itu kerana nyawa mangsa berada dalam keadaan bahaya...tujuan tembakan itu untuk mencedarakan suspek, namun beliau mati di hospital sebelum sempat polis menyoal siasat," katanya.

Katanya, suspek mati kira-kira antara pukul 4.50 petang hingga 4.55 petang pada hari kejadian dan jenazahnya sudah dituntut oleh sepupunya pada pukul 8 malam tadi.

Beliau berkata lelaki itu mempunyai tujuh rekod jenayah membabitkan narkotik dan samun.

"(Ketika kejadian) suspek ialah seorang penganggur dan untuk rekod suspek pernah bekerja sebagai penarik kabel," katanya.

Ketika ditanya media punca suspek menjadi agresif dan menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai tebusan, beliau berkata siasatan masih dilakukan dan polis telah mengumpul maklumat daripada penduduk setempat berhubung punca sebenar suspek bertindak di luar kawalan.

Pada kejadian Isnin lepas, seorang lelaki berumur 34 tahun yang berbogel dan tidak dikenali memasuki rumah mangsa pada pukul 10 pagi lalu mengambil sebilah pisau dari dapur, dan terus ke sebuah bilik di mana kanak-kanak itu sedang bermain dengan sepupu dan kawannya, dan menjadikannya sebagai tebusan.

Kejadian itu berakhir pada pukul 4 petang apabila polis bertindak menembak lelaki yang berasal dari Sabah itu setelah pelbagai usaha memujuknya menemui jalan buntu.

Zulkarnain turut menyangkal dakwaan beberapa pihak yang mengatakan suspek bertindak di luar kawalan kerana kurang siuman.

"Kita ada bawa pakar psikiatri (semasa kejadian) dan mereka mengesahkan suspek bukan seperti yang dikatakan (tidak siuman)...kita tidak menolak kemungkinan suspek mungkin berada dalam pengaruh dadah," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati sekiranya terlihat kelibat orang yang mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau ketua kampung. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan