Tiga Bulan Cukup Semak SBPA - Berita Semasa | mStar

Tiga Bulan Cukup Semak SBPA

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengerusi pasukan petugas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Tan Sri Ismail Adam yakin tempoh tiga bulan untuk pasukan itu membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu adalah mencukupi.

Sehubungan itu beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata pasukan itu akan bekerja keras bagi memastikan perkara-perkara berbangkit yang tidak memuaskan hati sesetengah pihak dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

"Sebagai permulaan hari ini kita membincangkan mengenai terma rujukan. Itu sahajalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pasukan petugas semakan semula SBPA di JPA di sini, Rabu.

Pasukan semakan itu yang bermesyuarat selama kira-kira dua jam turut dianggotai Cuepacs, pegawai kanan JPA, Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Kewangan.

Ismail berkata buat masa ini terlalu awal untuk pasukan itu membincangkan mengenai cadangan atau penambahbaikan SBPA kerana pihaknya masih menunggu maklum balas daripada penjawat awam sehingga 15 Feb depan untuk membuat sebarang cadangan.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas itu diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA dan mestilah memuaskan semua pihak sebelum dilaksanakan. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan