Tarikh Akhir Program 6P 15 Februari - KDN

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan 15 Februari depan sebagai tarikh akhir proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P), kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, beliau berkata sebelum ini proses pemutihan itu diteruskan secara pentadbiran selepas tamat pada 10 Januari lepas.

Sehubungan itu, beliau berkata majikan yang belum mengemukakan permohonan bagi pemutihan pekerja asing tanpa izin masing-masing digesa berbuat demikian dalam kadar segera kerana tiada lanjutan tambahan akan dibuat bagi proses tersebut.

"Bagaimanapun, kepada majikan yang telah mengemukakan permohonan dan telah beroleh tarikh temujanji bagi proses temuduga, prosedur akan diteruskan sehingga April ini," katanya.

Mahmood berkata kementerian yakin tempoh yang diberikan adalah mencukupi dan menggesa majikan menguruskan permohonan pekerja mereka tanpa menunggu sehingga saat akhir. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan