Polis Sedia Bincang Tindakan Salah Guna BB1M

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedia mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membincangkan soal tindakan berhubung isu penjualan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang dilaporkan di akhbar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata setakat ini polis belum menerima apa-apa laporan daripada KPT berhubung penjualan baucar buku tersebut oleh pelajar dan polis masih menunggu laporan rasmi untuk mengambil tindakan.

"Saya tidak dapat mengulas dan memberi apa-apa kenyataan kerana belum ada laporan dibuat dan perkara ini perlu ada perbincangan dengan pihak KPT," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan sebuah akhbar yang melaporkan perbuatan beberapa pelajar institusi pengajian tinggi yang menyalahgunakan BR1M dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah serta menjualnya kepada pihak lain dengan menawarkan potongan harga istimewa menerusi internet.

Syed Azizan berkata pihaknya belum dapat mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai perkembangan kes itu kerana masih menunggu laporan rasmi daripada KPT. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan