Pembayaran BR1M Dibuat Secara Berperingkat: Mohamad

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu panik dan bimbang jika masih belum menerima pembayaran tersebut kerana pembayaran itu dibuat secara berperingkat-peringkat, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata di Negeri Sembilan proses pembayaran BR1M bermula 15 Jan lepas dan pembayaran tersebut dimulakan di peringkat negeri serta juga semua Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Pembayaran ini merupakan fasa pertama bagi mereka yang menghantar borang BR1M pada 10 Dis sehingga 27 Dis. Di Negeri Sembilan untuk fasa pertama ini sejumlah 55,000 borang yang diproses dan telah diluluskan pembayarannya di mana setiap seorang menerima RM500," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Katanya sebanyak 168,000 borang BR1M telah dihantar dan masih belum diproses lagi manakala pembayarannya akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

"Kita kini sedang membuat pembayaran peringkat pertama. Jadi, jangan pula ada pemohon yang panik menyatakan dia belum menerima pembayaran BR1M kerana kita sentiasa membuat pembayaran berperingkat-peringkat.

"Proses pembayaran BR1M ini dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan apabila diluluskan, LHDN akan memberitahu kepada Pejabat Daerah atau pun Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan kita akan uruskan pembayarannya mengikut tempat.

"Jadi, saya harap supaya jangan ada pemohon yang panik yang menyatakan dia masih belum menerima pembayaran BR1M. Tarikh permohonan BR1M telah dilanjutkan kepada 10 Feb ini," katanya.

Mengenai kes demam denggi, beliau berkata setakat ini tidak ada klinik swasta atau pusat perubatan swasta yang dikenakan tindakan denda oleh Kementerian Kesihatan kerana tidak melaporkan kes demam denggi.

"Di Negeri Sembilan kita mendapat kerjasama yang baik daripada klinik swasta atau pusat perubatan swasta di mana kes yang disyaki demam denggi dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

"Apabila dilaporkan, Jabatan Kesihtan akan membuat tindakan susulan seperti menyembur ubat pencegahan nyamuk Aedes daripada membiak dan sebagainya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan