Lebih 2,000 Taska Seluruh Negara Tidak Berdaftar Dengan JKM

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,077 pengusaha taman asuhan kanak-kanak (Taska) di seluruh negara belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga akhir tahun lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) jabatan itu Noraini Mohd Hashim berkata sehingga kini hanya 770 Taska di seluruh negara yang telah berdaftar dengan jabatan dan angka itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah yang belum berdaftar.

"Kami tidak faham kenapa ramai pengusaha tidak mahu mendaftar dengan JKM sedangkan mereka tahu banyak faedah akan diperoleh jika berdaftar dengan jabatan," katanya kepada Bernama di sini.

Noraini berkata pendaftaran dengan JKM bukan sahaja memudahkan penyaluran bantuan daripada kerajaan, tetapi memastikan semua pengasuh mempunyai latihan yang sewajarnya terutama dalam menjaga kanak-kanak.

"Sebab itu kalau kita tengok kebanyakan kes kanak-kanak meninggal dunia dan kes keganasan adalah daripada taska yang tidak berdaftar sebab pengasuhnya ada yang tidak terlatih," katanya.

Sementara itu, Noraini berkata masyarakat harus berhenti menyalahkan JKM kerana tidak meluluskan pendaftaran sesebuah Taska sehingga menyebabkan banyak yang beroperasi tanpa kelulusan.

Jelasnya sesebuah Taska yang ingin berdaftar dengan JKM perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada tiga agensi teknikal iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Kebanyakannya sangkut di peringkat PBT kerana kawasan yang dipilih tidak sesuai maka kami tidak boleh luluskan pendaftaran mereka sebab ini soal keselamatan kanak-kanak, jadi kami tidak akan kompromi," katanya.

Noraini turut menasihatkan ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke Taska supaya memeriksa status pusat berkenaan sama ada ia berdaftar dengan JKM atau sebaliknya.

"Taska yang berdaftar dengan JKM kita bagi sijil untuk mereka pamer, jadi ibu bapa perlu periksa terlebih dahulu supaya kalau terjadi perkara tidak diingini, kita boleh ambil tindakan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan