Enam Pencarum Didenda Kerana Tipu Pengeluaran KWSP

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diambil tindakan undang-undang kerana kesalahan menipu pengeluaran simpanan antara Oktober dan Disember 2011.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata kesemua mereka didapati bersalah dan didenda RM5,900 oleh mahkamah mengikut Seksyen 59, Akta KWSP 1991 atas kesalahan melibatkan pengeluaran perumahan dan hilang upaya.

"Mengikut Akta KWSP, mereka yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-dua sekali," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Nik Affendi berkata KWSP juga telah menfailkan 52 kes saman atas kesalahan yang sama di mahkamah bagi tempoh Januari hingga Disember 2011.

"Pada 2011, sejumlah 47 ahli telah didapati bersalah oleh mahkamah di bawah seksyen yang sama kerana menipu pengeluaran perumahan, hilang upaya dan kesihatan manakala 13 kes lagi sedang dalam tindakan mahkamah," katanya.

Beliau turut mengingatkan ahli-ahli KWSP agar tidak dipengaruhi sindiket yang menawar untuk membantu mereka mengeluarkan simpanan KWSP secara penipuan kerana ia adalah kesalahan yang serius dari segi undang-undang.

Ahli KWSP yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan penipuan boleh menghubungi talian hotline Anti-Fraud KWSP di 03-26162121. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan