Trafik Di Lebuh Raya Mulai Perlahan

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di lebuh raya utama negara tengah hari ini, mula bergerak perlahan di beberapa tempat termasuk dari Bentong, Pahang ke Gombak, Selangor.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam laman twitternya melaporkan jumlah kenderaan semakin bertambah dan mula bertali arus dari Bentong ke Gombak.

Sementara laman sesawang Twitter Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melaporkan terdapat kemalangan di KM355.6 ke Utara, Slim River-Sungkai, Perak menyebabkan trafik bergerak perlahan di kedua-dua arah.

Selain itu, trafik dari Ayer Hitam ke Yong Peng, Johor juga semakin meningkat.

Laman Twitter PLUS turut melaporkan keadaan trafik dari Nilai ke Seremban terdapat kemalangan di KM274.5 yang menyebabkan lorong kanan terhalang.

PLUS dan LLM menasihatkan pengguna lebuh raya agar memandu dengan berhati-hati dan mengamalkan pemanduan yang berhemah di lebuh raya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan