Najib Tiba Di Pulau Pinang Sambut Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Pulau Pinang untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional negeri di Tanjung Marina Bay di sini.

Perdana Menteri bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada pukul 5.20 petang dan disambut oleh pemimpin BN Pulau Pinang yang diketuai oleh Pengerusinya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Sambutan ketibaan Perdana Menteri itu dimeriahkan dengan paluan gendang, tarian naga dan singa.

Turut menyambut Perdana Menteri ialah Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan, Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

Turut hadir pada majlis yang berlangsung dari pukul 5 petang hingga 7 malam itu ialah Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia, Datuk Seri M. Kayveas dan Pengerusi MIC Datuk P.K Subbaiyah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew turut hadir pada majlis itu, yang dihadiri kira-kira 10,000 orang daripada pelbagai kaum, termasuk pelancong asing. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan