Anwar Tabur Janji Kosong di Sabah - Musa Aman

Diterbitkan: Selasa, 24 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pelbagai janji yang ditabur oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Sabah termasuk menaikkan pemberian royalti minyak sehingga 20 peratus dianggap sebagai janji kosong yang sengaja digembar-gemburkan semata-mata untuk meraih sokongan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata sudah menjadi lumrah bagi parti pembangkang menabur pelbagai janji apatah lagi menjelang pilihan raya umum.

"Ini kerja pembangkang... mereka menjanjikan apa saja bulan dan bintang kerana mereka tahu mereka tidak memerintah dan mereka bukan kerajaan.

"Semua janji ini adalah janji palsu. Saya percaya rakyat Sabah tahu janji ini adalah janji yang tidak boleh ditepati," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Dewan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, dekat sini, Selasa.

Musa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Anwar berhubung perkara itu pada majlis Rumah Terbuka PKR di Dewan Kian Kok, Likas, dekat sini semalam.

Beliau berharap rakyat Sabah tidak mudah terpedaya dengan janji manis parti pembangkang untuk meraih sokongan.

"Saya percaya rakyat kita tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Mereka tahu kerajaan BN adalah pilihan yang terbaik kerana BN sentiasa mengotakan janji," katanya.

Sambil memberi contoh pemberian bantuan RM100 untuk pelajar sekolah, bantuan buku RM200 untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 bagi mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, Musa berkata ini membuktikan kerajaan BN benar-benar mengotakan janjinya "tidak seperti parti pembangkang yang hanya pandai menabur janji kosong.

Mengenai sambutan Tahun Baru Cina, beliau berkata ia merupakan landasan terbaik untuk memantapkan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai suku kaum.

"Amalan saling mengunjungi ke rumah-rumah terbuka adalah baik untuk menyemai semangat persaudaraan dan kekitaan dalam masyarakat majmuk seperti di negara kita termasuk di Sabah," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan